Sabtu, 31 Mac 2012

RASULULLAH BERDAKWAH KE THAIF BERSAMA ZAID BIN HARITHAH

Setelah Rasulullah kehilangan dua pembela dan penyokong besar iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri kesayangannya Sayidatina Khadijah, baginda semakin sukar untuk berdakwah akibat daripada permusuhan dendam orang-orang musyrikin quraisy terhadap baginda. Ketika itu keselamatan Rasulullah s.a.w di Mekah didalam kritikal. Baginda memilih untuk mendapat sokongan dari penduduk Thaif.

Rasulullah s.a.w memilih Kota Thaif sebagai distinasi pertama untuk mengembangkan dakwah islam. Ini disebabkan sebahagian orang-orang arab Bani Thaqif yang mendiami Kota Thaif mempunyai talian kekeluargaan dengan ayah dan ibu susuan nabi iaitu Abu Kabsyah dan Halimatussa'diah.

Pada tahun sepuluh kenabian, Rasulullah s.a.w bersama Zaid bin Harithah pergi ke Thaif dengan berjalan kaki. Baginda tinggal di sana selama sepuluh hari. Setelah para pembesar Quraisy mengetahui Rasulullah s.a.w sudah tiada di Mekah, mereka besepakat membuat keputusan untuk tidak membenarkan Baginda pulang semula ke Mekah.

Apabila Rasulullah s.a.w berjumpa dengan penduduk Thaif, Baginda menyeru mereka kepada islam. Malangnya bukan sahaja seruan ditolak malahan Baginda dicaci dan dihina.

Baginda juga bertemu dengan pembesar Thaif dan menyeru mereka supaya beriman kepada Allah s.w.t. Pembesar tersebut ialah Abdul Jalil, Abdul Kilal dan Habib.

Tujuan baginda bertemu dengan pembesar tersebut adalah dengan harapan menerima islam, maka penduduk disitu dengan mudah sahaja menerima islam.

Ketiga-tiga pemimpin Thaif itu mengarahkan kanak-kanak dan melontar batu dan pasir ke arah Rasulullah s.a.w dan Zaid bin Harithah sambil mengejek-ejek mereka.

Seterusnya mereka mengejar Rasulullah s.a.w keluar dari Thaif. Rasulullah s.a.w mengalami kecederaan dibahagian kaki dan tumitnya. Zaid bin Harithah melindungi baginda daripada terkena lontaran batu menggunakan anggota badan sehingga kepalanya berdarah.

Allah mengutus Malaikat meminta Rasulullah s.a.w berdoa agar di angkat bukit dan dihempap ke atas penduduk Thaif, tetapi baginda memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada penduduk Thaif

Ketika Rasulullah s.a.w keluar dari Thaif, Baginda berlindung di sebuah kebun kepunyaan Utbah dan Syaibah. Walaupun mereka menyembah berhala dan memusuhi islam, mereka turut bersimpati melihat kecederaan yang dialami oleh Rasulullah
s.a.w. Mereka menyuruh Adas iaitu hamba mereka yang berketurunan Nasrani memberikan segugus anggur kepada Rasulullah s.a.w. Adas amat terkejut apabila melihat Rasulullah s.a.w membaca "Bismillah" ketika menyuapkan buah anggur ke dalam mulut Baginda. Beliau belum pernah mendengar perkataan tersebut sebelum ini. Maka Rasulullah s.a.w bertanya tempat lahir dan agamanya. Setelah diselidiki, didapati Adas adalah penganut agama yang dibawa oleh Nabi Yunus. Adas merebahkan dirinya serta mencium tangan dan kaki Rasulullah s.a.w seterusnya mengucap dua kalimah
syahadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan