Sabtu, 23 Mac 2013







MENGHAYATINYA... JIWA JADI TENANG
KEKUASAAN ALLAH... MENGATASI SEGALANYA...

Sabtu, 16 Mac 2013

MENGHORMATI GURU

Menghormati guru adalah penting dalam kehidupan pelajar, ramai yang tidak mengambil berat tentang hal ini, percaya atau tidak, menghormati guru itu akan memberi KEBERKATAN DALAM ILMU YANG DIPELAJARI OLEH PELAJAR.

KETIADAAN RASA HORMAT PADA GURU akan menyukarkan ilmu masuk ke dalam hati , kerana pelajar yang tidak menghormati guru adalah pelajar yang sombong , sedangkan KESOMBONGAN ITU IBARAT DINDING YANG MENGHALANG ILMU DARIPADA MENEMBUSI DADA MEREKA. Akhirnya ilmu itu tidak dapat meresapi jiwa mereka dan tidak menjadi nilai yang baik dalam diri mereka.

WAHAI PELAJAR SEKALIAN...
Hormatilah guru-guru kita...
Jangan sakiti mereka dan hormatilah mereka kerana mereka itu lebih mulia kedudukannya di sisi Allah SWT disebabkan ilmu yang mereka sampaikan kepada kita.
 Sekiranya kita amalkan amalan murni ini, kita akan mendapat keberkatan oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan sepanjang bergelar 'pelajar'. dengan iziNya hidup akan diberkati dan dimudahkan dalam urusan, termasuklah urusan pembelajaran dan peperiksaan.

KESILAPAN PELAJAR KETIKA BELAJAR

1. Tidak fokus semasa guru mengajar
2. Bercakap ketika guru mengajar
3. Keluar kelas semasa guru mengajar
4. Sering ponteng kelas.
5. Sering ponteng sekolah
6. Tidak membuat latihan yang diberikan
7. Tidak bertanya apabila kurang faham
8. Tidak menghormati guru

PETUA BELAJAR UNTUK CEMERLANG

1. Teknik 3M
     -Membaca, menghafal dan menulis semula.
2. Menjawab soalan yang sama berulang kali
3. Peta Minda
4. Manfaatkan masa 10 minit sebelum tidur
5. Susun nota ikut huruf awalan.
6. Sediakan jadual belajar (penting)
7. Belajar secara berkumpulan
8. Membuat nota ringkas
9. Pilih masa belajar yang sesuai
10. Gariskan isi penting
11. Menjawab soalan0soalan lepas yang sesuai
12. Belajar dengan mereka yang lebih tahu
13. Belajar sedikit-sedikit tetapi istiqamah
14. Mulakan dengan yang senang dahulu baru yang susah
15. Pilihlah subjek yang mengikut keutamaan
16. Beri tumpuan 100% di dalam kelas
17. Membuat latih tubi mengikut topik
18. Ctat apa yang guru sampaikan
19. Mulakan dengan Bismillah
20. Solat hajat dengan semampunya.
21. Mulakan dengan doa.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1. Akhlak
2. Berilmu
3. Cergas
4. Disiplin
5. Emosi
6. Futuris
7. Gigih
8. Hijrah
9. Intelektual
10. Juang
11. Kreatif
12. Taat
13. Matlamat
14. Nekad
15. Opurtunis
16. Proaktif
17. Kualiti
18. Rasional
19. Sabar
20. Tenang
21. Usaha
22. Serba boleh
23. Waspada
24. Fktor-X
25. Yakin
26. Zikrullah

Petikan dari : Nota Hati buat pelajar : Razali Saaran