Isnin, 6 Februari 2012

AKHLAK RASULULLAH S.A.W

1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan khususnya di bulan ramadhan

2. Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badannya.
Orang yang paling lembut tapak tangannya dan harum baunnya. Baginda suka pada
bau-bauan harum dan tidak suka pada bauan yang busuk

3. Orang yang paling baik pergaulannya dan yang paling takut kepada Allah s.w.t

4. Tidak pernah marah dan berdendam kepada dirinya. Baginda marah hanya larangan-
larangan Allah s.w.t dilanggar

5. Akhlaknya adalah akhlak Al-Quran.

6. Orang yang paling Tawadhuk

7. Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya

8. Merendahkan sayapnya(merendah diri) bila berhadapan dengan orang-orang yang lemah

9. Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain

10. Orang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali, jika menyukainya Baginda
akan memakannya dan jika tidak suka maka Baginda akan meninggalkannya

11. Tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah berdiri di meja makan.
Baginda menyukai manisan, madu dan buah labu

12. Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah
walaupun kecil dan tidak berharga.

13. Baginda biasa menggilapkan kasutnya sendiri, menjahit pakaian, menziarahi
orang yang sakit dan memenuhi undangan samada orang kaya mahupun orang miskin

14. Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma

15. Baginda tidak banyak memiliki kesenangan dunia walaupun Allah s.w.t
memberikannya kunci-kunci kekayaan dunia, akan tetapi Baginda memilih akhirat.

16. Bagimda orang yang paling banyak berzikir dan berfikir, sebelum tidur Baginda
sentiasa berwuduk dan berzikir hingga lena.

17. Tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum.

18. Baginda gemar bergurau, akan tetapi tidak akan mengatakan kecuali yang benar
dan tidak pernah ketawa berdekah-dekah

19. Sentiasa berlaku lemah lembut terhadap para sahabatnya dan tidak pernah
melunjurkan kaki di hadapan para sahabatnya

20. Memuliakan orang-orang yang dimuliakan kaumnya yang dimuliakan
dan mengangkatnya menjadi pemimpin mereka

21. Ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekali pun diri
sendiri berada dalam kesusahan

22. Baginda tidak berasa hina membantu hamba, orang susah dan fakir miskin.
23. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya

24. Suka memanggil isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya dengan gelaran yang baik
dan sebagai menghormati mereka

25. Suka memakai pakaian yang berwarna putih dan lengang bajunya sentiasa terkancing

26. Apabila berhadapan sesuatu yang merungsingkan hatinya ataupun menyebabkan marah,
Baginda hanya mengusapkan janggutnya dan diam

27. Baginda merupakan seorang yang suka menziarahi orang sakit dan sentiasa
menggembirakan hati orang yang sakit dengan doa agar segera sembuh

28. Baginda berjalan dengan cepat serta sentiasa tunduk ke bumi

29. Sering memberi salam kepada kanak-kanak dan suka berjenaka dengan mereka

30. Sangat memtingkan kebersihan dan meminta sahabat untuk menjaga kebersihan
dengan membersihkan halaman rumah



(rujukan:Biografi Agung Rasulullah s.a.w
: Rusydi Ramli Al-Jauhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan