Rabu, 1 Februari 2012

KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W

IBUNDA RASULULLAH S.A.W

* Aminah binti Wahab
* Wanita Quraisy yang cantik

AYAHANDA RASULULLAH S.A.W

* Abdullah bin Abdul Mutalib
* Anak bongsu dari 10 adik beradik
* Berakhlak Mulia

UMUR KETIKA BERKAHWIN

* Aminah 20 Tahun
* Abdullah 25 Tahun
* Kedua-duanya berbangsa Quraisy

KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W

* Bani Hashim
* Keturunan bangsawan Quraisy yang mulia
* Berasal dari keturunan Nabi Ismail bi Ibrahim

BAPA NABI MUHAMMAD WAFAT

1. Ketika pergi berniaga ke Syam
2. Dalam perjalanan pulang ke Mekah, jatuh sakit di Madinah dan meninggal dunia
3. Berusia 25 Tahun
4. Di kebumikan di perkampungan Bani Najjar di Madinah
5. Ketika itu Nabi Muhammad s.a.w berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

TARIKH KELAHIRAN NABI

* HARI - Isnin
* WAKTU - Pagi/Subuh
* TAHUN - Gajah
* TARIKH - 12 Rabiulawwal/ 20 April 571 M
* ERTI MUHAMMAD - Terpuji

DINAMAKAN TAHUN GAJAH

1. Sempena dengan nama Raja Abrahah dari negeri Yaman hendak menyerang Kaabah
2. Peristiwa ini disebut dalam al-Quran SURAH AL-FIIL

PERISTIWA SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

1. Ibunya tidak terasa sakit
2. Bercahaya terang benderang
3. Dilahirkan dalam keadaan meniarap
4. Badan bersih
5. Tali pusat telah dipotong
6. Sudah diختان
7. Matanya bercelak dan bersinar
8. Serta memandang ke langit
9. Tidak menangis tetapi bersin sama dengan Nabi Adam semasa ditiupkan ruh ke
jasadnya


PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU KEPADA AGAMA LAIN SEWAKTU KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

* Istana Raja Parsi Kisra bergoncang dan runtuh
* Gereja di Buhaira' runtuh dan mendap ke bumi
* Api sembahan Raja Majusi terpadam
* Berhala-berhala disekeliling Kaabah tumbang

PERISTIWA SELEPAS KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

1.Datuk nabi Muhammad iaitu Abdul Mutalib membawa nabi Muhammad mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali kerana gembira

2. Abdul Mutalib menammakan cucunya Muhammad "insan terpuji"

3. Bapa saudaranya "Abu Lahab" membuat kenduri pada hari ke 7 kerana sangat sayang kepada nabi Muhammad s.a.w

4. Abu Lahab membebaska hambanya Suwaibatul Islamiah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan