Selasa, 31 Januari 2012

HAJI WADA'

PENGERTIAN HAJI WADA'
* Haji Perpisahan
* Haji Selamat Tinggal
* Haji Terakhir

BILANGAN UMAT ISLAM MENGERJAKAN HAJI WADA'
* 100.000 Orang Islam

TARIKH MENUNAIKAN HAJI WADA'
* 25 Zulkaedah Tahun ke 10 Hijrah

PERISTIWA BERLAKU SEMASA HAJI WADA'
* Pada 9 Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah
* Wahyu terakhir diturunkan
* Di padang Arafah
* Menjelaskan kepada ummat Islam bahawa agama islam telah lengkap dan sempurna

Firman Allah swt:
اليوم اکملت لکم دينکم واتممت عليکم نعمتي ورضيت لکم الاسلام دينا

surah Al-Maidah :3
Maksudnya : Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku reda islam itu menjadi agama bagimu.

ISI KHUTBAH RASULULLAH S.A.W DIPADANG ARAFAH
1. Menegaskan tentang keesaan Allah
2. Persamaan hak antara semua peringkat tanpa mengira bangsa atau keturunan
3. Persaudaraan yang erat sesama islam
4. Kelebihan seseorang disisi Allah s.w.t , hanya dengan takwa
5. Suami dan isteri hendaklah saling hormat menghormati diantara satu sama lain

KESAN DAN IKTIBAR HAJI WADA'

1. Ada sahabat gembira dengan penurunan wahyu terakhir kerana agama islam telah
sempurna.
Ada sahabat yang bersedih seperti Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar bin
Al Khatab kerana mereka tahu apabila tugas Rasulullah telah sempurna,
maka kewafatan baginda s.a.w hampir tiba

2. Umat islam mengerjakan Haji apabila telah cukup syarat-syaratnya

*INFO*
- Rasulullah s.a.w berada di Mekah selama 10 hari
- Ibrahim anak Rasulullah s.a.w meninggal dunia(pada tahun ke 10)

PENGHAYATAN
* Jadikan Al Quran dan Hadis panduan hidup
* Setiap manusia pasti menemui ajal atau kematian
* Umat islam wajib berpegang teguh pada ajaran islam
* Persaudaraan sesama islam bertambah erat tanpa mengira bangsa dan keturunan

4 ulasan:

  1. assalamualaikum ustazah,
    saya minta izin pinjam ringkasan isi haji wada' ni... Ringkasan ni sangat mudah difahami :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ustazah.. Sy mohon maaf.. izinkan sy print nota2 sirah ustazah utk anak sy.. Terima kasih.. Jazakillahu khairan kathira..

    BalasPadam
  3. ASSALAMUALAIKUM MINTA IZIN ..NAK GUNA UTK MURID SYA YE USTAZAH...JAZAKILLAH KHAIRAL JAZA

    BalasPadam