Isnin, 6 Februari 2012

AKHLAK RASULULLAH S.A.W

1. Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan khususnya di bulan ramadhan

2. Orang yang paling baik akhlak dan baik susuk tubuh badannya.
Orang yang paling lembut tapak tangannya dan harum baunnya. Baginda suka pada
bau-bauan harum dan tidak suka pada bauan yang busuk

3. Orang yang paling baik pergaulannya dan yang paling takut kepada Allah s.w.t

4. Tidak pernah marah dan berdendam kepada dirinya. Baginda marah hanya larangan-
larangan Allah s.w.t dilanggar

5. Akhlaknya adalah akhlak Al-Quran.

6. Orang yang paling Tawadhuk

7. Orang yang sentiasa memenuhi keperluan keluarganya

8. Merendahkan sayapnya(merendah diri) bila berhadapan dengan orang-orang yang lemah

9. Orang yang paling malu dan tidak menatap lama wajah seseorang yang lain

10. Orang yang tidak pernah mencela makanan sama sekali, jika menyukainya Baginda
akan memakannya dan jika tidak suka maka Baginda akan meninggalkannya

11. Tidak pernah makan sambil bersandar dan tidak pernah berdiri di meja makan.
Baginda menyukai manisan, madu dan buah labu

12. Tidak menerima sedekah, hanya menerima hadiah. Baginda gembira menerima hadiah
walaupun kecil dan tidak berharga.

13. Baginda biasa menggilapkan kasutnya sendiri, menjahit pakaian, menziarahi
orang yang sakit dan memenuhi undangan samada orang kaya mahupun orang miskin

14. Tempat tidurnya diperbuat daripada kulit yang diisi dengan pelepah kurma

15. Baginda tidak banyak memiliki kesenangan dunia walaupun Allah s.w.t
memberikannya kunci-kunci kekayaan dunia, akan tetapi Baginda memilih akhirat.

16. Bagimda orang yang paling banyak berzikir dan berfikir, sebelum tidur Baginda
sentiasa berwuduk dan berzikir hingga lena.

17. Tidak pernah ketawa besar tetapi hanya tersenyum.

18. Baginda gemar bergurau, akan tetapi tidak akan mengatakan kecuali yang benar
dan tidak pernah ketawa berdekah-dekah

19. Sentiasa berlaku lemah lembut terhadap para sahabatnya dan tidak pernah
melunjurkan kaki di hadapan para sahabatnya

20. Memuliakan orang-orang yang dimuliakan kaumnya yang dimuliakan
dan mengangkatnya menjadi pemimpin mereka

21. Ringan tulang dan memberikan pertolongan kepada orang lain sekali pun diri
sendiri berada dalam kesusahan

22. Baginda tidak berasa hina membantu hamba, orang susah dan fakir miskin.
23. Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya

24. Suka memanggil isteri-isteri dan sahabat-sahabatnya dengan gelaran yang baik
dan sebagai menghormati mereka

25. Suka memakai pakaian yang berwarna putih dan lengang bajunya sentiasa terkancing

26. Apabila berhadapan sesuatu yang merungsingkan hatinya ataupun menyebabkan marah,
Baginda hanya mengusapkan janggutnya dan diam

27. Baginda merupakan seorang yang suka menziarahi orang sakit dan sentiasa
menggembirakan hati orang yang sakit dengan doa agar segera sembuh

28. Baginda berjalan dengan cepat serta sentiasa tunduk ke bumi

29. Sering memberi salam kepada kanak-kanak dan suka berjenaka dengan mereka

30. Sangat memtingkan kebersihan dan meminta sahabat untuk menjaga kebersihan
dengan membersihkan halaman rumah



(rujukan:Biografi Agung Rasulullah s.a.w
: Rusydi Ramli Al-Jauhari)

Rabu, 1 Februari 2012

SIRAH TAHUN 3 ( UPKK )

1. PERISTIWA TURUN WAHYU DI GUA HIRA'
2. TENTANGAN KAFIR QURAISY TERHADAP DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W
3. PERISTIWA HIJRAH
4. PERSAUDARAAN KAUM MUHAJIRIN DAN ANSAR
5. MUKJIZAT AL-QURAN
6. MUKJIZAT-MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W
7. ISRAK DAN MIKRAJ


1.PERISTIWA TURUN WAHYU DI GUA HIRA'

* Nabi Muhammad mengasingkan diri digua Hira' untuk beribadah
* Berumur 40 tahun
* Pada 17 Ramadhan 610 M
* Malaikat Jibrail datang menemui Baginda Rasul
* Memeluk baginda sebanyak 3 kali dan menyuruh baginda membaca
* Turun ayat (wahyu)surah Al-Alaq ayat 1-5

DAKWAH SECARA TERBUKA

1. Surah Al-hijr
2. Nabi Muhammad mengumpulkan pendudu Mekah
3. Di bukit Safa
4. Menyeru agar beriman kepada Allah
5. Abu Lahab marah lalu menghina Nabi Muhammad s.a.w
6. Diceritakan dalam surah Al- Masad ayat 1-5


2. TENTANGAN KAFIR QURAISY TERHADAP DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W

JENIS-JENIS SIKSAAN
ABUBAKAR AS-SIDDIQ - dipukul dan dipijak
KELUARGA YASIR - diseksa san dijemur sampai mati
UTHMAN BIN AFAN - di ikat kedua tangan ke tengkuk
BILAL BIN RABAH - di jemur ditengah padang pasir dan dadanya ditindih seketul
batu besar

TAWARAN KAFIR QURAISY KEPADA NABI MUHAMMAD (supaya berhenti berdakwah)
1. Menggantikan nabi dengan seorang pemuda bernama Umarah bin Alwalid
2. Melantik Nabi Muhammad menjadi Raja Mekah
3. Menawarkan harta yang banyak
4. Sanggup berikhtiar untuk mengubati sekiranya Nabi Muhammad s.a.w tidak siuman


3. PERISTIWA HIJRAH

HIJRAH : Boleh diertikan sebagai perubahan kearah yang lebih baik
BAHASA : Berpindah
Istilah; Perpindahan Rasulullah dan umat islam dari Mekah ke Madinah

TARIKH HIJRAH : 12 Rabiulawwal Tahun ke 13 Kerasulan
: Bersamaan September 622M

SEBAB-SEBAB BERLAKU HIIJRAH

1. Perintah Allah
2. Tentangan hebat dari Musyrikin Mekah(kafir Quraiys) Mekah
3. Ancaman terhadap umat islam semakin memuncak
4. Permintaan penduduk madinah


4. PERSAUDARAAN KAUM MUHAJIRIN DAN ANSAR

MUHAJIRIN - Orang yang berpindah dari Mekah ke Madinah
ANSAR - Penduduk asal Madinah yang terdiri daripada kaum Aus dan kaum Khazraj

SEBAB-SEBAB RASULULLAH MEMPERSAUDARAKAN MUHAJIRIN DAN ANSAR
* Agar orang Muhajirin tidak mengalami kesusahan dan dapat memulakan hidup baharu
* Meningkatkan semangat berkorban dan hidup bersatu padu


5. MUKJIZAT AL-QURAN

* Al-QURAN - Kalamullah
- Gaya bahasa yang tinggi
- Mengandungi perkara-perkara ghaib

* MUKJIZAT AL-QURAN
- Terpelihara hingga akhir zaman
- Kandungan sepanjang zaman
_ Ayat tidak berubah-ubah


6. MUKJIZAT-MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W

* Keluar air dari celah jari
* Terbelah bulan di langit
* Matahari lambat terbenam


7. ISRAK DAN MIKRAJ

ISRAK - Perjalanan Nabi dari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
MIKRAJ - Perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha

SEBELUM DI ISRAK MIKRAJ
- DIBELAHKAN DADA NABI MUHAMMAD DAN DISUCIKAN DENGAN AIR ZAMZAM
- DADA BAGINDA DIPENUHI IMAN, ILMU DAN HIKMAH

DALAM PERJALANAN DIPERLIHATKAN
- Kisah Nabi Musa dan Isa
- Kisah Masyitah dan Umayyah
- Peristiwa akan datang

KETIKA BERADA DI MASJIDIL AQSA
- Mendirikan solat 2 rakaat bersama nabi terdahulu (nabi Muhammad menjadi Imam)

NABI MUHAMMAD BERJUMPA DENGAN NABI-NABI TERDAHULU DI LANGIT

LANGIT PERTAMA - NABI ADAM
LANGIT KEDUA - NABI ISA
LANGIT KETIGA - NABI YUSUF
LANGIT KEEMPAT - NABI IDRIS
LANGIT KELIMA - NABI HARUN
LANGIT KEENAM - NABI MUSA
LANGIT KETUJUH - NABI IBRAHIM


*
-

KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W

IBUNDA RASULULLAH S.A.W

* Aminah binti Wahab
* Wanita Quraisy yang cantik

AYAHANDA RASULULLAH S.A.W

* Abdullah bin Abdul Mutalib
* Anak bongsu dari 10 adik beradik
* Berakhlak Mulia

UMUR KETIKA BERKAHWIN

* Aminah 20 Tahun
* Abdullah 25 Tahun
* Kedua-duanya berbangsa Quraisy

KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W

* Bani Hashim
* Keturunan bangsawan Quraisy yang mulia
* Berasal dari keturunan Nabi Ismail bi Ibrahim

BAPA NABI MUHAMMAD WAFAT

1. Ketika pergi berniaga ke Syam
2. Dalam perjalanan pulang ke Mekah, jatuh sakit di Madinah dan meninggal dunia
3. Berusia 25 Tahun
4. Di kebumikan di perkampungan Bani Najjar di Madinah
5. Ketika itu Nabi Muhammad s.a.w berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya

TARIKH KELAHIRAN NABI

* HARI - Isnin
* WAKTU - Pagi/Subuh
* TAHUN - Gajah
* TARIKH - 12 Rabiulawwal/ 20 April 571 M
* ERTI MUHAMMAD - Terpuji

DINAMAKAN TAHUN GAJAH

1. Sempena dengan nama Raja Abrahah dari negeri Yaman hendak menyerang Kaabah
2. Peristiwa ini disebut dalam al-Quran SURAH AL-FIIL

PERISTIWA SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

1. Ibunya tidak terasa sakit
2. Bercahaya terang benderang
3. Dilahirkan dalam keadaan meniarap
4. Badan bersih
5. Tali pusat telah dipotong
6. Sudah diختان
7. Matanya bercelak dan bersinar
8. Serta memandang ke langit
9. Tidak menangis tetapi bersin sama dengan Nabi Adam semasa ditiupkan ruh ke
jasadnya


PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU KEPADA AGAMA LAIN SEWAKTU KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

* Istana Raja Parsi Kisra bergoncang dan runtuh
* Gereja di Buhaira' runtuh dan mendap ke bumi
* Api sembahan Raja Majusi terpadam
* Berhala-berhala disekeliling Kaabah tumbang

PERISTIWA SELEPAS KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

1.Datuk nabi Muhammad iaitu Abdul Mutalib membawa nabi Muhammad mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali kerana gembira

2. Abdul Mutalib menammakan cucunya Muhammad "insan terpuji"

3. Bapa saudaranya "Abu Lahab" membuat kenduri pada hari ke 7 kerana sangat sayang kepada nabi Muhammad s.a.w

4. Abu Lahab membebaska hambanya Suwaibatul Islamiah