1. Tidak fokus semasa guru mengajar
2. Bercakap ketika guru mengajar
3. Keluar kelas semasa guru mengajar
4. Sering ponteng kelas.
5. Sering ponteng sekolah
6. Tidak membuat latihan yang diberikan
7. Tidak bertanya apabila kurang faham
8. Tidak menghormati guru
Sabtu, 16 Mac 2013
PETUA BELAJAR UNTUK CEMERLANG
1. Teknik 3M
-Membaca, menghafal dan menulis semula.
2. Menjawab soalan yang sama berulang kali
3. Peta Minda
4. Manfaatkan masa 10 minit sebelum tidur
5. Susun nota ikut huruf awalan.
6. Sediakan jadual belajar (penting)
7. Belajar secara berkumpulan
8. Membuat nota ringkas
9. Pilih masa belajar yang sesuai
10. Gariskan isi penting
11. Menjawab soalan0soalan lepas yang sesuai
12. Belajar dengan mereka yang lebih tahu
13. Belajar sedikit-sedikit tetapi istiqamah
14. Mulakan dengan yang senang dahulu baru yang susah
15. Pilihlah subjek yang mengikut keutamaan
16. Beri tumpuan 100% di dalam kelas
17. Membuat latih tubi mengikut topik
18. Ctat apa yang guru sampaikan
19. Mulakan dengan Bismillah
20. Solat hajat dengan semampunya.
21. Mulakan dengan doa.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
1. Akhlak
2. Berilmu
3. Cergas
4. Disiplin
5. Emosi
6. Futuris
7. Gigih
8. Hijrah
9. Intelektual
10. Juang
11. Kreatif
12. Taat
13. Matlamat
14. Nekad
15. Opurtunis
16. Proaktif
17. Kualiti
18. Rasional
19. Sabar
20. Tenang
21. Usaha
22. Serba boleh
23. Waspada
24. Fktor-X
25. Yakin
26. Zikrullah
Petikan dari : Nota Hati buat pelajar : Razali Saaran

Sabtu, 5 Mei 2012
ANTARA AKHLAK PELAJAR TERHADAP GURU
1. CINTA DAN KASIH
Ada perasaan cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik mereka, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah s.w.t.
2. JAUHI RASA CURIGA
Tidak wajar seorang murid menaruh perasaan curiga terhadap seorang guru, apalagi merasa benci dan marah terhadap sesuatu tindakan mereka, mungkin tujuan atau objektif dari tindakan guru belum difahami murid. Oleh itu jauhi perasaan benci kepada guru, kerana ia akan merugikan diri sendiri.
3. BERHUBUNG BAIK
Seorang pelajar hendaklah mempunyai hubungan baik dengan guru, bukan sahaja di sekolah , malah di luar sekolah.
4. MENGHORMATI
Pelajar yang menghormati guru sentiasa mengucapkan salam, serta mempamirkan air muka yang gembira dan ceria ketika bertemu danm bersua dengan guru mereka.
5. MENGGUNAKAN SUARA PERLAHAN
Semasa bercakap dengan guru, gunakanlah suara yang perlahan dan kurang bercakap. Jangan gunakan suara yang nyaring melebihi suara guru mengakibatkan guru merasa tercabar dan dengan tindakan pewlajar. Ini mencerminkan sikap pelajar yang kurangsopan di hadapan guru.
6. DIAM SERTA MEMAHAMI
Semasa guru sedang bercakap, mengajar di dalam ke;las, pelajar sewajarnya diam serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. Hendaklah belajar dengan penuh minat dan tekun, Pelajar boleh bertanya sekiranya tidak memhami dan ada kemusykilan.
7. BERTANYA
Janganlah bertanya kepada guru yang sedang bercakap atau sedang mengajar, kecuali ada arahan daripada guru meminta pelajar bertanya tentang kemusykilan di akhir pembelajaran.
8. MENGGUNAKAN PENGAJARAN
Sebelum bertanya kepada guru. Pelajar hendaklah menggunakan sesuatu isyarat seperti mengangkat tangan terlabih dahulu.serta meminta izin untuk bertanya.
9. MENGIKUT PENGAJARAN
Pelajar mesti mengikuti sesi pembelajaran dari awal hingga akhir, kecuali ada sebab dan halangan pada masa tersebut , hendaklah berada dalam keadaan tenang suasana yang harmoni ketika berada dalam kelas dihadapan guru. Pelajar yang baik sentiasa mengelakkan diri dari ponteng kelas.
10. MENGAMBIL INGATAN
Pelajar yang perihatin sentiasa ambil ingatan dengan menulis atau mencatat apa-apa pendapat atau pengajaran guru di dalam buku.
11. MEMINTA KEIZINAN
Jika hendak keluar kelas hendaklah meminta keizinan dari guru terlebih dahulu,
12. BERTERIMA KASIH'
Pelajar yang menghargai guru sentiasa tidak lupa untuk ber terima kasih kepada guru sesudah guru memberi pengajaran atau mengajar dan turut mendoakan mereka. Ini bertujuan memohon keberkatan ilmu yang disampaikan guru masa pembelajaran.
"berterima kasih memohon keberkatan ilmu"
13. MERENDAH DIRI
Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru dengan namanya, tetapi menggunakan kata-kata dengan panggilan yang sesuai seperti cikgu, ustaz, ustazah , tuan guru dan sebagainya.
14. MEMBANTU GURU
Membantu guru dengan ikhlas
15. MENGUNJUNGI GURU
Elok mengunjungi guru pada hari raya, dan pada hari sambutan tertentu, begitu juga di kala waktu guru itu sakit. Pohonkanlah kemaafan dan nasihat mereka ketika berkunjung.
16. MENGENANG JASA GURU
Pelajar yang baik selalu mengenang jasa guru yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing pelajar dengan penuh didikasi tanpa mengira penat dan lelah .
17. MENYAMPAIKAN BERITA KEJAYAAN KEPADA GURU
18. JANGAN MENYAKITI PERASAAN GURU
19. BERTEGUR SAPA
20. MENDOAKAN GURU
21. MENCONTOHI AKHLAK YANG BAIK
Contohilah akhlak yang baik terutama guru dan para ulama rabbani(ilmuwan yang patuh pada hukum Allah s.w.t dan rasul-Nya. melebihi diri mereka sendiri.
(rujukan:Akhlak pelajar cemerlang- Hasnan Kasan)

AKHLAK PELAJAR TERHADAP GURU
SABDA RASULULLAH S.A.W
MULIAKANLAH GURU-GURU AGAMA KERANA BARANGSIAPA MEMULIAKAN MEREKA, BERERTI IA MEMULIAKAN AKU,
(Riwayat Abu Hassan al-Mawardi)
AKHLAK PELAJAR TERHADAP RASULULLAH
1. BERIMAN KEPADA RASULULLAH S.A.W
2. CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W
3. MENCONTOHI AKHLAK RASULULLAH S.A.W
KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W TELAH TERBUKTI, YANG PALING UNGGUL IALAH WAHYU AL-QURAN YANG DIBACANYA MERUPAKAN MUKJIZAT BAGINDA YANG TERBESAR.
MUKJIZAT ADALAH PERKARA LUAR BIASA YANG TERJADI KEPADA DIRI SEORANG RASUL BAGI MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA ADALAH UTUSAN DARIPADA ALLAH S.W.T. SEBAGAI SEORANG PELAJAR, KEIMANAN KEPADA RASULULLAH S.A.W SEHARUSNYA TERSEMAT DI DALAM JIWA.
SEBAGAI SEORANG PELAJAR, HENDAKLAH MENGAMALKAN AMALAN MENGIKUT AKHLAK RASULULLAHDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN:
1. CINTA KEPADA KEBERSIHAN
2. PENGUCAPAN PERKATAAN YANG BAIK
3. MEMULAKAN SALAM DAN BERJABAT TANGAN APABILA BERTEMU
4. MENJAGA PEMAKANAN
5. KEBIASAAN-KEBIASAAN DIRI
Sabtu, 31 Mac 2012
RASULULLAH BERDAKWAH KE THAIF BERSAMA ZAID BIN HARITHAH
Setelah Rasulullah kehilangan dua pembela dan penyokong besar iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri kesayangannya Sayidatina Khadijah, baginda semakin sukar untuk berdakwah akibat daripada permusuhan dendam orang-orang musyrikin quraisy terhadap baginda. Ketika itu keselamatan Rasulullah s.a.w di Mekah didalam kritikal. Baginda memilih untuk mendapat sokongan dari penduduk Thaif.
Rasulullah s.a.w memilih Kota Thaif sebagai distinasi pertama untuk mengembangkan dakwah islam. Ini disebabkan sebahagian orang-orang arab Bani Thaqif yang mendiami Kota Thaif mempunyai talian kekeluargaan dengan ayah dan ibu susuan nabi iaitu Abu Kabsyah dan Halimatussa'diah.
Pada tahun sepuluh kenabian, Rasulullah s.a.w bersama Zaid bin Harithah pergi ke Thaif dengan berjalan kaki. Baginda tinggal di sana selama sepuluh hari. Setelah para pembesar Quraisy mengetahui Rasulullah s.a.w sudah tiada di Mekah, mereka besepakat membuat keputusan untuk tidak membenarkan Baginda pulang semula ke Mekah.
Apabila Rasulullah s.a.w berjumpa dengan penduduk Thaif, Baginda menyeru mereka kepada islam. Malangnya bukan sahaja seruan ditolak malahan Baginda dicaci dan dihina.
Baginda juga bertemu dengan pembesar Thaif dan menyeru mereka supaya beriman kepada Allah s.w.t. Pembesar tersebut ialah Abdul Jalil, Abdul Kilal dan Habib.
Tujuan baginda bertemu dengan pembesar tersebut adalah dengan harapan menerima islam, maka penduduk disitu dengan mudah sahaja menerima islam.
Ketiga-tiga pemimpin Thaif itu mengarahkan kanak-kanak dan melontar batu dan pasir ke arah Rasulullah s.a.w dan Zaid bin Harithah sambil mengejek-ejek mereka.
Seterusnya mereka mengejar Rasulullah s.a.w keluar dari Thaif. Rasulullah s.a.w mengalami kecederaan dibahagian kaki dan tumitnya. Zaid bin Harithah melindungi baginda daripada terkena lontaran batu menggunakan anggota badan sehingga kepalanya berdarah.
Allah mengutus Malaikat meminta Rasulullah s.a.w berdoa agar di angkat bukit dan dihempap ke atas penduduk Thaif, tetapi baginda memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada penduduk Thaif
Ketika Rasulullah s.a.w keluar dari Thaif, Baginda berlindung di sebuah kebun kepunyaan Utbah dan Syaibah. Walaupun mereka menyembah berhala dan memusuhi islam, mereka turut bersimpati melihat kecederaan yang dialami oleh Rasulullah
s.a.w. Mereka menyuruh Adas iaitu hamba mereka yang berketurunan Nasrani memberikan segugus anggur kepada Rasulullah s.a.w. Adas amat terkejut apabila melihat Rasulullah s.a.w membaca "Bismillah" ketika menyuapkan buah anggur ke dalam mulut Baginda. Beliau belum pernah mendengar perkataan tersebut sebelum ini. Maka Rasulullah s.a.w bertanya tempat lahir dan agamanya. Setelah diselidiki, didapati Adas adalah penganut agama yang dibawa oleh Nabi Yunus. Adas merebahkan dirinya serta mencium tangan dan kaki Rasulullah s.a.w seterusnya mengucap dua kalimah
syahadah.

Langgan:
Catatan (Atom)