Ahad, 7 Julai 2013

KATA-KATA HIKMAH

*Minda yang cerdas ada pada badan yang sihat
*Tiada kehidupan yang sebenar tanpa kebebasan.
*Membaca itu kunci ilmu pengetahuan
*Sesiapa yang suka berbohong, maka kuranglah rakannya.
*Bercakap benarlah walaupun pahit
*Buku adalah sebaik-baik teman sepanjang zaman.
*Tiada pakaian yang lebih cantik daripada sihat.
*Berbuat baiklah kepada manusia, nescaya engkau akan dapat menguasai hati-hati mereka.
*Sebaik-baik manusia ialah yang paling berguna pada manusia lain.
*Sebaik-baik jihad ialah kata-kata yang benar di hadapan pemerintah yang zalim
*Orang yang hasad tidak dapat memimpin
*Menangguh itu adalah pencuri masa
*Satu isyarat lebih kuat daripada satu kata-kata
*Sesiapa yang sanggup menelan kepahitan, nescaya akan bersabar di atas segala ujian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan