PENGERTIAN HAJI WADA'
* Haji Perpisahan
* Haji Selamat Tinggal
* Haji Terakhir
BILANGAN UMAT ISLAM MENGERJAKAN HAJI WADA'
* 100.000 Orang Islam
TARIKH MENUNAIKAN HAJI WADA'
* 25 Zulkaedah Tahun ke 10 Hijrah
PERISTIWA BERLAKU SEMASA HAJI WADA'
* Pada 9 Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah
* Wahyu terakhir diturunkan
* Di padang Arafah
* Menjelaskan kepada ummat Islam bahawa agama islam telah lengkap dan sempurna
Firman Allah swt:
اليوم اکملت لکم دينکم واتممت عليکم نعمتي ورضيت لکم الاسلام دينا
surah Al-Maidah :3
Maksudnya : Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku reda islam itu menjadi agama bagimu.
ISI KHUTBAH RASULULLAH S.A.W DIPADANG ARAFAH
1. Menegaskan tentang keesaan Allah
2. Persamaan hak antara semua peringkat tanpa mengira bangsa atau keturunan
3. Persaudaraan yang erat sesama islam
4. Kelebihan seseorang disisi Allah s.w.t , hanya dengan takwa
5. Suami dan isteri hendaklah saling hormat menghormati diantara satu sama lain
KESAN DAN IKTIBAR HAJI WADA'
1. Ada sahabat gembira dengan penurunan wahyu terakhir kerana agama islam telah
sempurna.
Ada sahabat yang bersedih seperti Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar bin
Al Khatab kerana mereka tahu apabila tugas Rasulullah telah sempurna,
maka kewafatan baginda s.a.w hampir tiba
2. Umat islam mengerjakan Haji apabila telah cukup syarat-syaratnya
*INFO*
- Rasulullah s.a.w berada di Mekah selama 10 hari
- Ibrahim anak Rasulullah s.a.w meninggal dunia(pada tahun ke 10)
PENGHAYATAN
* Jadikan Al Quran dan Hadis panduan hidup
* Setiap manusia pasti menemui ajal atau kematian
* Umat islam wajib berpegang teguh pada ajaran islam
* Persaudaraan sesama islam bertambah erat tanpa mengira bangsa dan keturunan
Selasa, 31 Januari 2012
Isnin, 30 Januari 2012
Khamis, 26 Januari 2012
KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
RASULULLAH JATUH SAKIT
Bermula pada bulan safar tahun 11 hijrah , Rasulullah s.a.w mulai mengalami sakit kepala dan demam panas. Seterusnya baginda diserang semula demam panas dengan agak teruk pada bulan safar. Ketika Rasulullah s.a.w sakit baginda berada dirumah isterinya Sayidatina Maimunah. Kemudian Baginda meminta izin daripada isteri-isterinya yang lain untuk berada di rumah sayidatina Aisyah. Baginda berpindah ke rumah sayidatina Aisyah setelah semua isteri baginda memberi keizinan. Sayidina Ali bin Abi Talib dan Sayidina Abbas bin Abdul mutalib telah membantu baginda Rasulullah s.a.w dengan memapah Rasulullah ke rumah Sayidatina Aisyah.
Sepanjang Rasulullah s.a.w gering , Sayidatina Fatimah sering menziarahi ayahanda. Memahami penderitaan yang dialami oleh ayahandanya Fatimah berkata:"Aduh! alangkah beratnya penderitaan ayandaku ."diulang sebanyak tiga kali. Lalu baginda dengan kepayahan menjawab dengan maksud sabdanya : "Tidak akan ada lagi penderitaan ayahmu selepas hari ini."
Kemudian Rasulullah s.a.w berbisik kepada puterinya sambil diperhatikan oleh Sayidatina Aisyah. Bisikan pertama, Sayidatina Fatimah menangis dan bisikan kedua Sayidatina Fatimah gembira. Keadaan ini sangat menghairankan Sayidatina Aisyah yang inginkan kepastian.
Pada subuh 12 Rabiulawwal Tahun ke 11 Hijrah Rasulullah s.a.w telah kembali sihat, ketika itu para sahabat telah pun berkumpul di masjid untuk menunaikan solat subuh. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w keluar dari bilik Sayidatina Aisyah, dan Baginda kelihatan seperti mahu mengimamkan solat tersebut. Namun Rasulullah s.a.w mengisyaratkan agar Sayidina Abu Bakar meneruskan sahaja menjadi imam. Melihat keadaan itu, Sayidatina Aisyah dan Alfadhil bin Al abas memapah baginda kesisi Sayidina Abu Bakar. Sekali lagi Sayidina Abu Bakar berundur memberi laluan kepada Rasulullah s.a.w untuk menjadi imam. Tetapi Rasulullah s.a.w meminta agar Sayidina Abu Bakar untuk meneruskan solat.
RASULULLAH S.A.W WAFAT
Pada pagi isnin, 12 Rabiulawwal tahun ke 11Hijrah, bersamaan 8 Jun 633 Masihi, keadaan Rasulullah s.a.w semakin lemah. Lalu Baginda memanggil Sayidatina Fatimah supaya mendekatinya. Baginda juga memanggil isteri-isterinya untuk berada disampingnya,
Menjelang waktu Dhuha, kepala Rasulullah s.a.w semakin sakit, lalu Rasulullah s.a.w bersandar didada Sayidatina Aisyah dan memandang ke langit sambil berkata : "Tiada Tuhan melainkan Allah, sesungguhnya dalam kematian ada Sakarat. Wahai Allah! tolonglah aku dari kepayahan maut. Wahai Allah! tolonglah aku dari kepayahan maut, wahai Allah kasihanilah aku, ampunilah aku, pertemukanlah aku dengan Ar-rafik."
Setelah itu Malaikat Izrail memulakan tugasnya. Perlahan-lahan roh Rasulullah s.a.w ditarik . Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w bersimbah peluh dan urat-urat leher menegang . Apabila roh Baginda sampai ke pusat, dengan perlahan Rasulullah s.a.w mengaduh: "Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini." Sayidatina Fatimah terpejam, Sayidina Ali menunduk dan Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w . Melihatkan gelagat Jibrail itu maka Rasulullah s.a.w pun berkata:" Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibrail berkata : "Wahai kekasih Allah , siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Kemudian terdengar Rasulullah s.a.w merintih kerana sakit yang tidak tertahan lagi. Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan sahaja semua siksaan maut ini kepada aku bukan kepada umatku."
Badan Rasulullah s.a.w mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibir bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Sayidina Ali mendekatkan telinganya," الصلاة الصلاة وماملکت ايمانکم "
peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu." Sayidatina Fatimah menutup wajahnya dengan tangannya, dan Sayidina Ali mendekatkan telinga ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan. Sayidina Ali berkata : " Sesungguhnya Rasulullah s.a w ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan aku meletakkan telinga aku dengan Rasulullah s.a.w
dan terdengar baginda berkata :"Umatku, umatku." Akhirnya roh yang mulia itu meninggalkan jasad Rasulullah s.a.w . Baginda wafat dipangkuan sayidatina Aisyah ketika berumur 63 tahun.
(Riwayat Ahmad bin Hanbal)
Rabu, 11 Januari 2012
SIRAH RASULULLAH S.A.W
TAHUN DUKACITA
Pengenalan
Berlaku : Tahun kesepuluh kerasulan
Sebab dinamakan tahun dukacita : Kerana kehilangan dua orang yang paling disayangi iaitu isterinya Khadijah
binti Khualid dan bapa saudaranya Abu Talib bi Abdul Mutalib
Tahun dukacita juga dikenali dengan nama " 'Amulhuzni"
Pengenalan
Berlaku : Tahun kesepuluh kerasulan
Sebab dinamakan tahun dukacita : Kerana kehilangan dua orang yang paling disayangi iaitu isterinya Khadijah
binti Khualid dan bapa saudaranya Abu Talib bi Abdul Mutalib
Tahun dukacita juga dikenali dengan nama " 'Amulhuzni"
Langgan:
Catatan (Atom)