Sabtu, 5 Mei 2012

ANTARA AKHLAK PELAJAR TERHADAP GURU

1. CINTA DAN KASIH

Ada perasaan cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik mereka, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah s.w.t.


2. JAUHI RASA CURIGA

Tidak wajar seorang murid menaruh perasaan curiga terhadap seorang guru, apalagi merasa benci dan marah terhadap sesuatu tindakan mereka, mungkin tujuan atau objektif dari tindakan guru belum difahami murid. Oleh itu jauhi perasaan benci kepada guru, kerana ia akan merugikan diri sendiri.


 3. BERHUBUNG BAIK

Seorang pelajar hendaklah mempunyai hubungan baik dengan guru, bukan sahaja di sekolah , malah di luar sekolah.


4. MENGHORMATI

Pelajar yang menghormati guru sentiasa mengucapkan salam, serta mempamirkan air muka yang gembira dan ceria ketika bertemu danm bersua dengan guru mereka.


5. MENGGUNAKAN SUARA PERLAHAN

Semasa bercakap dengan guru, gunakanlah suara yang perlahan dan kurang bercakap. Jangan gunakan suara yang nyaring melebihi suara guru mengakibatkan guru merasa tercabar dan dengan tindakan pewlajar. Ini mencerminkan sikap pelajar yang kurangsopan di hadapan guru.


6. DIAM SERTA MEMAHAMI

Semasa guru sedang bercakap, mengajar di dalam ke;las, pelajar sewajarnya diam serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. Hendaklah belajar dengan penuh minat dan tekun, Pelajar boleh bertanya sekiranya tidak memhami dan ada kemusykilan.


7. BERTANYA

Janganlah bertanya kepada guru yang sedang bercakap atau sedang mengajar, kecuali ada arahan daripada guru meminta pelajar bertanya tentang kemusykilan di akhir pembelajaran.


8. MENGGUNAKAN PENGAJARAN

Sebelum bertanya kepada guru. Pelajar hendaklah menggunakan sesuatu isyarat seperti mengangkat tangan terlabih dahulu.serta meminta izin untuk bertanya.


9. MENGIKUT PENGAJARAN

Pelajar mesti mengikuti sesi pembelajaran    dari awal hingga akhir, kecuali ada sebab dan halangan pada masa tersebut , hendaklah berada dalam keadaan tenang suasana yang harmoni  ketika berada dalam kelas dihadapan guru. Pelajar yang baik sentiasa mengelakkan diri dari ponteng kelas.


10. MENGAMBIL INGATAN

Pelajar yang perihatin sentiasa ambil ingatan dengan menulis atau mencatat apa-apa  pendapat atau pengajaran guru di dalam buku.


11. MEMINTA KEIZINAN

Jika hendak keluar kelas hendaklah meminta keizinan dari guru terlebih dahulu,


12. BERTERIMA KASIH'

Pelajar yang menghargai guru  sentiasa tidak lupa untuk ber terima kasih kepada guru sesudah guru memberi pengajaran atau mengajar  dan turut mendoakan mereka. Ini bertujuan memohon  keberkatan ilmu yang disampaikan guru masa pembelajaran.
 "berterima kasih memohon keberkatan ilmu"


13.  MERENDAH DIRI

Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru dengan namanya, tetapi menggunakan kata-kata dengan panggilan yang sesuai seperti cikgu, ustaz, ustazah , tuan guru dan sebagainya.


14. MEMBANTU GURU

Membantu guru dengan ikhlas


15. MENGUNJUNGI GURU

Elok mengunjungi guru pada hari raya, dan pada hari sambutan tertentu, begitu juga di kala waktu guru itu sakit. Pohonkanlah kemaafan dan nasihat mereka ketika berkunjung.

16. MENGENANG JASA GURU

Pelajar yang baik selalu mengenang jasa guru yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing pelajar dengan penuh didikasi  tanpa mengira penat dan lelah .


17. MENYAMPAIKAN BERITA KEJAYAAN KEPADA GURU

18. JANGAN MENYAKITI PERASAAN GURU

19. BERTEGUR SAPA

20. MENDOAKAN GURU

21. MENCONTOHI AKHLAK YANG BAIK

Contohilah akhlak yang baik terutama guru dan para ulama rabbani(ilmuwan yang patuh pada hukum Allah s.w.t dan rasul-Nya. melebihi diri mereka sendiri. 

(rujukan:Akhlak pelajar cemerlang- Hasnan Kasan)




AKHLAK PELAJAR TERHADAP GURU

SABDA RASULULLAH S.A.W MULIAKANLAH GURU-GURU AGAMA KERANA BARANGSIAPA MEMULIAKAN MEREKA, BERERTI IA MEMULIAKAN AKU, (Riwayat Abu Hassan al-Mawardi)

AKHLAK PELAJAR TERHADAP RASULULLAH

1. BERIMAN KEPADA RASULULLAH S.A.W 2. CINTA KEPADA RASULULLAH S.A.W 3. MENCONTOHI AKHLAK RASULULLAH S.A.W KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W TELAH TERBUKTI, YANG PALING UNGGUL IALAH WAHYU AL-QURAN YANG DIBACANYA MERUPAKAN MUKJIZAT BAGINDA YANG TERBESAR. MUKJIZAT ADALAH PERKARA LUAR BIASA YANG TERJADI KEPADA DIRI SEORANG RASUL BAGI MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA ADALAH UTUSAN DARIPADA ALLAH S.W.T. SEBAGAI SEORANG PELAJAR, KEIMANAN KEPADA RASULULLAH S.A.W SEHARUSNYA TERSEMAT DI DALAM JIWA. SEBAGAI SEORANG PELAJAR, HENDAKLAH MENGAMALKAN AMALAN MENGIKUT AKHLAK RASULULLAHDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN: 1. CINTA KEPADA KEBERSIHAN 2. PENGUCAPAN PERKATAAN YANG BAIK 3. MEMULAKAN SALAM DAN BERJABAT TANGAN APABILA BERTEMU 4. MENJAGA PEMAKANAN 5. KEBIASAAN-KEBIASAAN DIRI